Bra (ataupun coli) adalah salah satu item wajib yang dimiliki wanita. Bra akan menopang payudara dengan baik. Memang pelik kalau seorang wanita keluar berjalan tanpa mengenakan bra. Namun ada sebuah kajian yang mengejutkan tentang bra.
Kajian terbaru menunjukkan, wanita tidak memakai bra adalah perkara yang baik. Menurut hasil kajian 15 tahun di Perancis, bra tidak memberikan manfaat kepada wanita dan boleh membahayakan payudara. (Betul ke ni? macam tipu jer)
"Payudara tidak terpengaruh dengan graviti secara medikal, fisiologi ataupun anatomi" kata Jean Denis Rouillon, seorang profesor dari University of Franche.
Dia melakukan kajian di Hospital Universiti, Rouillon mengukur dan memeriksa lebih dari 300 payudara wanita yang berusia 18 dan 35, dengan memperhatikan bagaimana pengaruh bra terhadap tubuh dari masa ke semasa. Dalam kajian itu beliau tidak menyatakan ukuran payudara. (memang ambik kesempatan betul la profesor ni)
Secara keseluruhan, beliau menemui kesan positif pada wanita yang tidak menggunakan bra dalam jangka panjang. Antara kebaikan yang lain adalah mengembangkan jaringan otot, puting dapat membesar secara semulajadi sehingga lebih kencang.
Berdasar catatan Rouillon, kajian tersebut menyimpulkan, bahan dari bra menyebabkan terbatasnya jaringan yang tumbuh di payudara yang boleh mempercepatkan pengenduran.
Capucine Vercellotti, seorang wanita 28 tahun yang terlibat dalam kajian ini, mengaku bahawa dia boleh bernafas lebih mudah jika tidak memakai bra.
"Pada mulanya, saya tak berapa suka dengan idea gila ini, tapi saya mencubanya. Selepas lima minit tanpa bra dan tambah lima minit lagi, saya rasa selesa," kata Vercellotti.
Tapi janganlah buang semua bra korang, itu kerja gila namanya.Walaupun kajian Rouillon mengatakan memakai bra berbahaya, namun dia tidak menyarankan semua wanita untuk melepaskan bra. Rouillon memperingatkan wanita untuk tidak mengenakan bra dalam jangka waktu yang lama demi kesihatan.
Kesimpulannya, penggunaan bra masih lagi relevan dan penting terutamanya ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Cuma comel cadangkan supaya korang tidak memakai bra semasa berada di rumah sahaja. Dengan itu, kita sendiri boleh membuat kajian untuk membuktikan kebenaran kajian profesor Denis Rouillon itu betul atau salah.
p/s: Jangan tiru seperti gambar di bawah ni. Kalau dah buang bra lepas tu nak pakai apa pulak?
Dapatkan herba krim payudara kesihatan percuma selama 60 hari:
ReplyDeletehttp://breast-krim.skslink.com