Isu seperti gambar di atas memang satu situasi biasa. Ibu-ibu seluruh dunia berhadapan dengan dilema bila diberi diskriminasi sebegini - menyusukan anak di tempat awam adalah ‘tidak senonoh’ kerana ibu mungkin mendedahkan sedikit payudaranya untuk tontonan umum. Sebenarnya menyusu tak salah, tapi menayangkan payudara tu yang salah. Itu boleh membangkitkan nafsu lelaki bila melihatnya. Nursing in public (NIP) masih tak boleh diterima oleh banyak pihak.
Comel tak rasa aktiviti menyusukan anak adalah perbuatan menjolok mata. Ia sebenarnya berpunca dari kekeliruan tugas payudara yang diertikan sebagai simbol seks. Aktiviti menyusukan juga dikaitkan dengan aktiviti seks. Ye lah, masa ni kan payudara wanita sedang membengkak dan bersaiz besar. Jadi bila seorang ibu menyusukan anaknya, lebih-lebih lagi di khalayak awam, ia seumpama satu perkara lucah.
Walaupun ibu tu tak membuka aurat tapi tetap dilihat sebagai tidak patut kerana aktiviti menyusukan anak itu sendiri yang dilihat sebagai sesuatu yang menjolok mata.
Cara yang terbaik adalah dengan memakai kain penutup semasa menyusu atau juga disebut sabagai Nursing Cover seperti gambar bawah ni. Macam ni barulah nampak sopan dan boleh cover payudara bila nak menyusu nanti.
Cara memakai Nursing Cover
- Nursing cover ini terbahagi kepada 2 bahagian body dan neck strap
- Masukkan tali ke dalam dua-dua ring pada tali/strap yg satu lagi
- Tarik tali dan masukkan tali ke dalam 1 ring seperti mengikat tali pinggang
- Adjust neck strap ikut size dan keselesaan leher ibu
- Sarungkan neck strap di kepala
- Siap! Ibu sedia untuk menyusukan baby
Kalo nak beli online boleh beli kat: www.manjakuhappy.com
and thts why la islam kata perempuan wajib pakai tudung labuh bawah dada ,,, see ..tak yah bawak kelambu ni huhu ..
ReplyDeletesaya tak ada masalah ni.. selak je pandai2 cover dengan tudung
ReplyDeleteassalamualaikum..terima kasih kerana menyokong penyusuan ibu ;)
ReplyDeleteteruskan sebar info yg bermanfaat buat ramai org
assalamualaikum..terima kasih kerana menyokong penyusuan ibu ;)
ReplyDeleteteruskan sebar info yg bermanfaat buat ramai org