Sunday, April 21, 2013

Coli berusia 600 tahun


Ahli arkeologi di Austria telah menemui satu set coli dari 1400-an yang telah mengubah sejarah pakaian dalam buat selama-lamanya.

Sebelum penemuan di Istana Lengberg, pakar sejarah Tyrol percaya kisah coli bermula pada tahun 1700-an oleh Pembuat Korset dari Perancis, Herminie Cadolle.

Tetapi disebabkan penemuan pakaian yang ditemui tertanam dalam peti besi oleh penyelidik dari University of Innsbruck - bermakna kita kini tahu wanita memakai coli 500 tahun sebelum itu.

Empat barangan menyerupai coli yang moden dan termasuk eyelets yang menggambarkan mereka pernah diikat dengan renda seperti korset.

Sampel gentian telah diuji oleh Swiss Federal Institute of Technology di Zürich yang mengesahkan bahawa item tersebut bermula sejak 1400-an. Ia mungkin dimeterai dalam peti besi sekitar tahun 1485, apabila istana telah diubahsuai.

"Kami sendiri pun tak percaya," kata Beatrix Nutz, pakar arkeologi yang menemui pakaian dalam itu.

"Daripada apa yang kita tahu, tidak ada perkara seperti coli yang berupa pakaian dalam di abad ke-15."

Sumber: www.huffingtonpost.co.uk


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...