Wednesday, April 17, 2013

[Lawak] Doktor & kacang hijau


Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ABC, kerana telinganya dimasuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor: Selamat petang…
Pesakit: Selamat petang Doktor!
Doktor: Ada masalah apa …?
Pesakit: Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…
Doktor: Biar saya periksa telinga kamu!
Doktor pun memeriksa telinganya dan mendapati biji kacang tersebut terlalu susah untuk diambil malah mungkin perlu pembedahan.
Doktor: Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…
Pesakit: Apa caranya doktor?
Doktor: Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…
Pesakit: Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?
Doktor: Yang percuma kena sabar…
Pesakit: Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?
Doktor: Kamu siram telinga kamu 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi ‘tauge’ kamu tinggal tarik keluar.
Pesakit: ???????????

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...