Sunday, April 7, 2013

Wajah wanita bukan keutamaan lelaki


Golongan wanita kerap mengadu bahawa muka mereka merupakan perkara paling terakhir yang dilihat oleh lelaki. Bagaimanapun, satu kajian saintifik menunjukkan komen wanita itu terbukti betul.

Menurut sebuah akhbar (daily news UK), sekumpulan penyelidik dari Universiti Wellington, New Zealand mendapati sebanyak 47 peratus daripada lelaki melihat bahagian dada wanita terlebih dahulu sebelum muka mereka.

Beberapa pakar berkata, renungan lelaki ke arah bahagian dada itu adalah yang paling lama berbanding pada tubuh lain wanita. Keadaan itu berlaku atas sebab-sebab yang mungkin berubah mengikut situasi.

Namun, beberapa penyelidik itu mengaku mungkin terdapat penjelasan yang lebih membosankan."Golongan lelaki kerap melihat bahagian dada kerana mereka berasa seronok tanpa mengambil kira saiznya," kata penyelidik itu.

Sebenarnya kaum wanita tak perlu risau kerana itu cuma perkara biasa jer. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ni adalah seperti di bawah.


Pakai jubah & tudung labuh. Gerenti dada korang takkan kelihatan dan diperhatikan lagi ;p

p/s: Cantiknya Neelofa pakai jubah & tudung labuh camni kan? Korang pun boleh cuba jugak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...