Tuesday, April 23, 2013

Tanggungjawab Bapa Selepas Anak Dilahirkan



1. Mengazan dan mengiqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”
Syarat dan pelaksanaan :
Islam mensyaratkan agar azan dilaungkan (sederhana) di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi.

2. Melakukan Sujud Syukur

Para suami juga disunatkan melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

3. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa. Pengertian tahnik secara bahasa dan syr’i adalah mengunyah sesuatu dan meletakkanya di mulut bayi. Maka dikatakan mentahnik bayi, mengunyah kurma kemudian menggosokkannya di langit-langit mulut bayi.

Ia boleh dilakukan oleh bapa kanak – kanak itu atau dibawa ke rumah orang – orang soleh untuk ditahnikkan dia kerana anak – anak yang lahir di zaman Nabi saw membawa anak – anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh Nabi saw.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

4. Mendoakan anak & memberi nama

Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa - Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

5. Penyembelihan aqiqah & bercukur rambut

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

6. Menanam uri

Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluarga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta.

Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam.

7. Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan..

Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

Monday, April 22, 2013

Wanita lebih sihat tanpa memakai bra?


Bra (ataupun coli) adalah salah satu item wajib yang dimiliki wanita. Bra akan menopang payudara dengan baik. Memang pelik kalau seorang wanita keluar berjalan tanpa mengenakan bra. Namun ada sebuah kajian yang mengejutkan tentang bra.

Kajian terbaru menunjukkan, wanita tidak memakai bra adalah perkara yang baik. Menurut hasil kajian 15 tahun di Perancis, bra tidak memberikan manfaat kepada wanita dan boleh membahayakan payudara. (Betul ke ni? macam tipu jer)

"Payudara tidak terpengaruh dengan graviti secara medikal, fisiologi ataupun anatomi" kata Jean Denis Rouillon, seorang profesor dari University of Franche.

Dia melakukan kajian di Hospital Universiti, Rouillon mengukur dan memeriksa lebih dari 300 payudara wanita yang berusia 18 dan 35, dengan memperhatikan bagaimana pengaruh bra terhadap tubuh dari masa ke semasa. Dalam kajian itu beliau tidak menyatakan ukuran payudara. (memang ambik kesempatan betul la profesor ni) 

Secara keseluruhan, beliau menemui kesan positif pada wanita yang tidak menggunakan bra dalam jangka panjang. Antara kebaikan yang lain adalah mengembangkan jaringan otot, puting dapat membesar secara semulajadi sehingga lebih kencang.

Berdasar catatan Rouillon, kajian tersebut menyimpulkan, bahan dari bra menyebabkan terbatasnya jaringan yang tumbuh di payudara yang boleh mempercepatkan pengenduran.

Capucine Vercellotti, seorang wanita 28 tahun yang terlibat dalam kajian ini, mengaku bahawa dia boleh bernafas lebih mudah jika tidak memakai bra.

"Pada mulanya, saya tak berapa suka dengan idea gila ini, tapi saya mencubanya. Selepas lima minit tanpa bra dan tambah lima minit lagi, saya rasa selesa," kata Vercellotti.

Tapi janganlah buang semua bra korang, itu kerja gila namanya.Walaupun kajian Rouillon mengatakan memakai bra berbahaya, namun dia tidak menyarankan semua wanita untuk melepaskan bra. Rouillon memperingatkan wanita untuk tidak mengenakan bra dalam jangka waktu yang lama demi kesihatan.

Kesimpulannya, penggunaan bra masih lagi relevan dan penting terutamanya ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Cuma comel cadangkan supaya korang tidak memakai bra semasa berada di rumah sahaja. Dengan itu, kita sendiri boleh membuat kajian untuk membuktikan kebenaran kajian profesor Denis Rouillon itu betul atau salah.

p/s: Jangan tiru seperti gambar di bawah ni. Kalau dah buang bra lepas tu nak pakai apa pulak?



Sunday, April 21, 2013

Coli berusia 600 tahun


Ahli arkeologi di Austria telah menemui satu set coli dari 1400-an yang telah mengubah sejarah pakaian dalam buat selama-lamanya.

Sebelum penemuan di Istana Lengberg, pakar sejarah Tyrol percaya kisah coli bermula pada tahun 1700-an oleh Pembuat Korset dari Perancis, Herminie Cadolle.

Tetapi disebabkan penemuan pakaian yang ditemui tertanam dalam peti besi oleh penyelidik dari University of Innsbruck - bermakna kita kini tahu wanita memakai coli 500 tahun sebelum itu.

Empat barangan menyerupai coli yang moden dan termasuk eyelets yang menggambarkan mereka pernah diikat dengan renda seperti korset.

Sampel gentian telah diuji oleh Swiss Federal Institute of Technology di Zürich yang mengesahkan bahawa item tersebut bermula sejak 1400-an. Ia mungkin dimeterai dalam peti besi sekitar tahun 1485, apabila istana telah diubahsuai.

"Kami sendiri pun tak percaya," kata Beatrix Nutz, pakar arkeologi yang menemui pakaian dalam itu.

"Daripada apa yang kita tahu, tidak ada perkara seperti coli yang berupa pakaian dalam di abad ke-15."

Sumber: www.huffingtonpost.co.uk


Thursday, April 18, 2013

Tips mencegah keguguran pada trimester pertama kehamilan



Biasanya, wanita mengalami keguguran pada trimester pertama kehamilan. Ini kerana implantasi janin tidak lengkap selama 3 bulan pertama kehamilan. Selain itu, wanita yang bekerja sepanjang kehamilan lebih berisiko mengalami keguguran. Tahap stres yang terus meningkat dan gaya hidup yang tidak sihat memberi risiko keguguran pada ibu hamil.

Berikut adalah lima tips mencegah keguguran pada trimester kehamilan.

1. Jangan makan keju 

Keju putih adalah makanan yang berbahaya bagi ibu hamil, maka sebaiknya hindari makan keju pada trimester pertama kehamilan. Hal ini dapat menyebabkan keracunan makanan yang parah dan menyebabkan keguguran spontan. Untuk menghindari keguguran, jangan makan keju.

2. Perjalanan jauh

Perjalanan jauh sepanjang kehamilan perlu dilakukan dengan cara yang sangat berhati-hati dan selamat. Terutamanya pada trimester pertama kehamilan, ketika janin masih belum cukup kuat untuk menghadapi goncangan, jadi hindari melakukan perjalanan jarak jauh.

3. Pengawet 

Semua jenis makanan yang mengandungi pengawet di dalamnya boleh menjadi sebab keguguran. Kalau nak minum jus buah, lebih baik korang membuatnya sendiri di rumah.

4. Kafein 

Terlalu banyak mengambil kafein semasa trimester pertama kehamilan boleh menyebabkan keguguran. Sekitar 100 gram kafein dibenarkan untuk wanita hamil iaitu setara dengan 1 bungkus kopi segera. Untuk menghindari keguguran, kurangkan meminum kopi.

5. Hormon stres 

Ketika korang sedang stres, hormon kortisol akan dihasilkan dalam tubuh. Hormon stres ini dapat memicu kontraksi pada rahim dan menggugurkan janin muda. Jadi, cubalah untuk menghindari stres sebaik mungkin.

Ini adalah beberapa cara yang mudah tapi efektif untuk menghindari keguguran pada trimester pertama kehamilan. Untuk lebih kepastian, korang boleh tanya doktor yang merawat korang.

kredit: http://www.merdeka.com

Wednesday, April 17, 2013

[Lawak] Doktor & kacang hijau


Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ABC, kerana telinganya dimasuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor: Selamat petang…
Pesakit: Selamat petang Doktor!
Doktor: Ada masalah apa …?
Pesakit: Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…
Doktor: Biar saya periksa telinga kamu!
Doktor pun memeriksa telinganya dan mendapati biji kacang tersebut terlalu susah untuk diambil malah mungkin perlu pembedahan.
Doktor: Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…
Pesakit: Apa caranya doktor?
Doktor: Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…
Pesakit: Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?
Doktor: Yang percuma kena sabar…
Pesakit: Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?
Doktor: Kamu siram telinga kamu 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi ‘tauge’ kamu tinggal tarik keluar.
Pesakit: ???????????

Tuesday, April 16, 2013

[Lawak] Suami isteri


Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik  mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun ada orang yang sediakan.

Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
Suami : Tak akan, itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal…

Isteri: @#$%????!!!!!
Suami: (Dalam hati) Alamak kantoi!

Sunday, April 14, 2013

Masalah payudara yang sering ditanya oleh remaja


Kelihatan jelas walaupun melalui pakaian, ukuran setiap payudara saya berbeza

  • Tak seorang pun memiliki sepasang payudara asal yang benar-benar sempurna. Tetapi, memang sejumlah kecil wanita memiliki payudara yang kelihatan tak seimbang. Untuk itu, korang boleh menyelesaikan dengan membeli bra yang sesuai dengan payudara yang ukurannya lebih besar kemudian memasukkan gel silikon ke dalam bra untuk payudara yang lebih kecil.

Terkadang payudara sangat gatal sehingga saya harus menggarunya

  • Untuk menghindarinya, pertama, sapukan losyen ke payudara korang supaya sentiasa lembap. Losyen juga akan mengurangkan kekeringan yang menyebabkan gatal. Selepas tu, cari bra dengan bahan nipis sehingga kulit dapat bernafas sehingga tak akan menyebabkan iritasi.

Payudara saya terlihat kendur

  • Jogging tanpa bra yang sesuai dapat mengakibatkan payudara jatuh dan kendur. Korang boleh melesaikannya dengan mengenakan bra yang mampu mengangkat payudara. Namun, bila merasa payudara benar-benar jatuh dan kendur, itu mungkin korang memiliki lebih banyak lemak di payudara daripada jaringan kelenjar yang membantu menjaga kekencangan.

Bentuk payudara saya kelakar seperti berkedut

  • Sama seperti wajah dan tubuh, bentuk payudara juga berbeza-beza pada setiap orang. Tapi sekali lagi, untuk membentuknya agar kelihatan bagus, korang boleh menggunakan bra yang tepat. Bra dengan bahan yang sedikit lembut akan membentuk semula payudara dengan mendorong mereka atau membuat belahan dada dapat menutupi bentuk yang korang rasa tidak selesa.

Saya risau areola saya terlalu besar dan gelap

  • Areola adalah kulit berwarna kegelapan yang mengelilingi puting susu. Sama seperti ukuran dan bentuk payudara, penampilan areola pun bervariasi. Ukurannya boleh jadi besar atau kecil. Ada yang berwarna merah muda, merah, cokelat, dan bahkan hitam. Semakin gelap warna kulit, semakin gelap pula areola korang. Hormon-hormon kehamilan juga boleh mengubah warnanya menjadi semakin gelap dan mungkin warnanya akan tetap seperti itu setelah melahirkan. Faktanya kebanyakan lelaki tetap akan merasa terangsang saat melihat areola dalam setiap bentuk dan ukuran.

Monday, April 8, 2013

Sunnah yang ditinggalkan!


Salam semua, artikel kali ni comel copy 100% dari fb seorang ustaz utk dikongsi bersama kawan-kawan semua. Semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Jom baca.


Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.

Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

~sumber dari facebook saudara seislam~

Sunday, April 7, 2013

Wajah wanita bukan keutamaan lelaki


Golongan wanita kerap mengadu bahawa muka mereka merupakan perkara paling terakhir yang dilihat oleh lelaki. Bagaimanapun, satu kajian saintifik menunjukkan komen wanita itu terbukti betul.

Menurut sebuah akhbar (daily news UK), sekumpulan penyelidik dari Universiti Wellington, New Zealand mendapati sebanyak 47 peratus daripada lelaki melihat bahagian dada wanita terlebih dahulu sebelum muka mereka.

Beberapa pakar berkata, renungan lelaki ke arah bahagian dada itu adalah yang paling lama berbanding pada tubuh lain wanita. Keadaan itu berlaku atas sebab-sebab yang mungkin berubah mengikut situasi.

Namun, beberapa penyelidik itu mengaku mungkin terdapat penjelasan yang lebih membosankan."Golongan lelaki kerap melihat bahagian dada kerana mereka berasa seronok tanpa mengambil kira saiznya," kata penyelidik itu.

Sebenarnya kaum wanita tak perlu risau kerana itu cuma perkara biasa jer. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ni adalah seperti di bawah.


Pakai jubah & tudung labuh. Gerenti dada korang takkan kelihatan dan diperhatikan lagi ;p

p/s: Cantiknya Neelofa pakai jubah & tudung labuh camni kan? Korang pun boleh cuba jugak.

Thursday, April 4, 2013

Jom Potong Kuku Ikut Sunnah :)




Amalan memotong kuku:

Sunnah memotong kuku kerana memotong kuku itu sendiri adalah sunnah, dan memotongnya dimulai dengan yang kanan, dikiaskan kepada sunnah Nabi SAW yang memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan kanan.

Menurut pendapat Imam Nawawi:

Mulakan dengan tangan kanan, kemudian dahulukan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking, kemudian memotong kuku ibu jari; habis potong kesemua kuku di tangan kanan.
Kemudian potonglah kuku tangan kiri, dimulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - seterusnya ibu jari tangan kiri - complete.

Menurut pendapat Imam Ghazali:

Mulakan dengan tangan kanan.
Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking. Kemudian terus berpindah ke tangan kiri, mulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - ibu jari tangan kiri - kemudian balik semula ke tangan kanan dan potong kuku ibu jari kanan.

Pendapat Imam Ahmad pula (tiada dalam gambar) agak rumit sedikit untuk diikuti tapi sangat mujarab kerana sabit kepada satu hadith Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata." (Boleh rujuk dalam kitab Kitab Al-Mughni)

'Mukholifan' bermakna tertib-tertib seperti yang ditunjukkan..

Menurut Imam Ahmad:

Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk.

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga.

Ini bermakna kaedah ini perlu dilakukan secara berselang-seli. Bacalah dua tiga kali supaya faham sambil amalkan.

Wallahualam..

Mudah-mudahan bermanfaat... :)

Kredit: FB Ustaz Don

Wednesday, April 3, 2013

Nursing cover - kain penutup semasa menyusukan baby


Isu seperti gambar di atas memang satu situasi biasa. Ibu-ibu seluruh dunia berhadapan dengan dilema bila diberi diskriminasi sebegini - menyusukan anak di tempat awam adalah ‘tidak senonoh’ kerana ibu mungkin mendedahkan sedikit payudaranya untuk tontonan umum. Sebenarnya menyusu tak salah, tapi menayangkan payudara tu yang salah. Itu boleh membangkitkan nafsu lelaki bila melihatnya. Nursing in public (NIP) masih tak boleh diterima oleh banyak pihak.

Comel tak rasa aktiviti menyusukan anak adalah perbuatan menjolok mata. Ia sebenarnya berpunca dari kekeliruan tugas payudara yang diertikan sebagai simbol seks. Aktiviti menyusukan juga dikaitkan dengan aktiviti seks. Ye lah, masa ni kan payudara wanita sedang membengkak dan bersaiz besar. Jadi bila seorang ibu menyusukan anaknya, lebih-lebih lagi di khalayak awam, ia seumpama satu perkara lucah.

Walaupun ibu tu tak membuka aurat tapi tetap dilihat sebagai tidak patut kerana aktiviti menyusukan anak itu sendiri yang dilihat sebagai sesuatu yang menjolok mata.

Cara yang terbaik adalah dengan memakai kain penutup semasa menyusu atau juga disebut sabagai Nursing Cover seperti gambar bawah ni. Macam ni barulah nampak sopan dan boleh cover payudara bila nak menyusu nanti.


Cara memakai Nursing Cover

  1. Nursing cover ini terbahagi kepada 2 bahagian body dan neck strap
  2. Masukkan tali ke dalam dua-dua ring pada tali/strap yg satu lagi
  3. Tarik tali dan masukkan tali ke dalam 1 ring seperti mengikat tali pinggang
  4. Adjust neck strap ikut size dan keselesaan leher ibu
  5. Sarungkan neck strap di kepala
  6. Siap! Ibu sedia untuk menyusukan baby
Memang senang nak pakai benda alah ni. Lepas ni boleh la pegi beli dan jangan malu nak menyusukan baby. Mari kita sokong breastfeed secara ekslusif. Chewahhh!

Kalo nak beli online boleh beli kat: www.manjakuhappy.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...