Monday, December 24, 2012

Doa & amalan elak keguguran (miscarriage)



Fakta Keguguran 

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Baiklah, kat sini comel nak kongsi doa & amalan yang boleh diamalkan semasa mengandung untuk mengelak keguguran.

DOA ELAK KEGUGURAN (Surah Al-Hij'r - Batu Gunung)

Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.


Terjemahannya:

Ayat 97: Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98: Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99: Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Cara-cara Bacaan

Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.


AMALAN ELAK KEGUGURAN (Asmaul Husna)




Kredit:
http://harrazdani.blogspot.com
http://isatie.blogspot.com

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...