Tuesday, December 25, 2012

10 Perkara Penghapus Dosa




Manusia dan dosa tak mungkin dipisahkan. Manusia sentiasa berasa muda untuk melakukan dosa tetapi sebenarnya mereka tak terlalu tua untuk bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka asalkan maut belum tiba. Menurut Ibn Taimiyyah, terdapat 10 penghapus dosa berdasarkan penelitiannya daripada al-Quran dan sunnah.

  1. ISTIGHFAR (memohon ampun)
  2. TAUBAT 
  3. Mengerjakan AMALAN KEBAIKAN yang menghapus dosa sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutamanya sembahyang) itu menghapus kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat". (Surah Hud 11:114)
  1. Berbagai-bagai MUSIBAH yang menimpa diri manusia yang lemah.
  2. DOA ORANG SOLEH yang diperuntukkan bagi yang bersangkutan.
  3. PENDERITAAN SAKIT yang tidak terperi saat sakaratulmaut menjemput ke alam barzakh.
  4. AZAB KUBUR
  5. KETAKUTAN yang sangat pada hari menghadap Allah s.w.t pada hari kiamat kelak.
  6. SYAFAAT RASULULLAH s.a.w, para wali Allah dan syafaat orang soleh.
  7. RAHMAT daripada Allah.

Sumber: Dr. 'Aidh bin 'Abdullah al-Qarni, Ilallazina Asrafu 'ala Anfusihim

Jadi marilah kita semua mengambil iktibar dan kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya kejayaan manusia hanya dalam agama yang diredhai Allah iaitu Islam yang suci.


Kredit: http://anaasae.blogspot.com/

1 comment:

  1. ilmu yg bermanfaat, bila ia diamalkan.. sama2 lah kita ye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...