Wednesday, December 19, 2012

Minuman BoboiBoy Koko kini dijual di pasaran!


Woooit! minuman BoboiBoy Koko dah jual kat kedai la, jom la beli cepat. Sape lambat dia rugi. Kang habis baru padan muka. Kalo korang nak tau, ni la air koko yang boleh buat korang jadi kuat macam BoboiBoy. Sape yang minum air ni akan dapat kuasa petir. Kalo tak caye cube la minum. Comel dah try sekali, memang rasa cam nak penampar je muka orang kat sebelah ni. Memang terbaaeeekkkk air ni beb!

Harga dia murah sangat iaitu RM13 per pek. 1 pek ada 10 sachet. Boleh la start cari kat kedai-kedai berhampiran (kalo ada la...hehe). Tapi korang boleh cari kat Giant dengan harga yang lebih murah iaitu RM12.99. Boleh jimat 1 sen tau!

Air koko ni banyak khasiatnya. Sangat sesuai utk kanak-kanak yang sedang membesar dan orang tua yang telahpun membesar. Kat bawah ni adalah kandungan pemakanan minuman BoboiBoy Koko. Banyak vitamin dan zat untuk kesihatan kita semua.


So, lepas ni korang tak yah takut lagi bila terjumpa anjing yang garang. Percaya dengan diri sendiri dan jangan menyusahkan orang lain. Beli la sendiri minuman BoboiBoy Koko ni. Kalo malas pegi kedai boleh order secara online di alamat ni: BoboiBoy Koko

Selamat mencuba kawan-kawan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...