Thursday, December 20, 2012

Maxis Hotlink SOS - boleh top up RM 2 semasa kecemasan


Sudah menjadi lumrah dalam dunia ni, bila time tengah kering xde duit atau tak sedar kredit habis, time tu la ada hal penting nak call orang tersayang. Masa ada kredit tak tau nak guna buat apa pulak. Mesti rasa tak puas hati, kan?

Ish, ish...jangan geram atau marah, tak baik. Kita sebagai orang islam kena banyakkan bersabar. Di dunia ni ada bermacam-macam ujian. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Teruskan bersabar, jiwa tenang hidup bahagia. Chewaah.

Kepada pengguna maxis hotlink, korang jangan risau atau panik. Masalah takde kredit adalah normal di kalangan pengguna kad prepaid. Biasak la tu. Kat sini comel nak kongsi camner nak top up RM2 tanpa pergi ke kedai. Ni kira dah darurat atau bila dah tak de kredit baru boleh pakai. Maxis bagi pinjam dulu nanti baru tolak balik. Perkhidmatan ni akan dicas sebanyak 50sen. Amaun ni semua (termasuk 50 sen) akan ditolak semasa top up yang akan datang.

Siapa yang layak dapat servis ni?
Sesiapa saja yang ada baki kredit kurang daripada 10 sen. Apa yang penting akaun korang mestilah dalam status aktif. Kalo dah expired tak boleh la kot. Senang je, tak susah pun.








Tu je la yang comel dapat tolong. Harap cara ni berkesan dan bermanfaat untuk kita semua semua. Caranya senang je, ingat dail *100# dan tekan butang hantar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...