Tuesday, December 25, 2012

10 Perkara Penghapus Dosa




Manusia dan dosa tak mungkin dipisahkan. Manusia sentiasa berasa muda untuk melakukan dosa tetapi sebenarnya mereka tak terlalu tua untuk bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka asalkan maut belum tiba. Menurut Ibn Taimiyyah, terdapat 10 penghapus dosa berdasarkan penelitiannya daripada al-Quran dan sunnah.

  1. ISTIGHFAR (memohon ampun)
  2. TAUBAT 
  3. Mengerjakan AMALAN KEBAIKAN yang menghapus dosa sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutamanya sembahyang) itu menghapus kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat". (Surah Hud 11:114)
  1. Berbagai-bagai MUSIBAH yang menimpa diri manusia yang lemah.
  2. DOA ORANG SOLEH yang diperuntukkan bagi yang bersangkutan.
  3. PENDERITAAN SAKIT yang tidak terperi saat sakaratulmaut menjemput ke alam barzakh.
  4. AZAB KUBUR
  5. KETAKUTAN yang sangat pada hari menghadap Allah s.w.t pada hari kiamat kelak.
  6. SYAFAAT RASULULLAH s.a.w, para wali Allah dan syafaat orang soleh.
  7. RAHMAT daripada Allah.

Sumber: Dr. 'Aidh bin 'Abdullah al-Qarni, Ilallazina Asrafu 'ala Anfusihim

Jadi marilah kita semua mengambil iktibar dan kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya kejayaan manusia hanya dalam agama yang diredhai Allah iaitu Islam yang suci.


Kredit: http://anaasae.blogspot.com/

Monday, December 24, 2012

Doa & amalan elak keguguran (miscarriage)



Fakta Keguguran 

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Baiklah, kat sini comel nak kongsi doa & amalan yang boleh diamalkan semasa mengandung untuk mengelak keguguran.

DOA ELAK KEGUGURAN (Surah Al-Hij'r - Batu Gunung)

Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.


Terjemahannya:

Ayat 97: Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98: Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99: Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Cara-cara Bacaan

Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.


AMALAN ELAK KEGUGURAN (Asmaul Husna)




Kredit:
http://harrazdani.blogspot.com
http://isatie.blogspot.com

Thursday, December 20, 2012

Maxis Hotlink SOS - boleh top up RM 2 semasa kecemasan


Sudah menjadi lumrah dalam dunia ni, bila time tengah kering xde duit atau tak sedar kredit habis, time tu la ada hal penting nak call orang tersayang. Masa ada kredit tak tau nak guna buat apa pulak. Mesti rasa tak puas hati, kan?

Ish, ish...jangan geram atau marah, tak baik. Kita sebagai orang islam kena banyakkan bersabar. Di dunia ni ada bermacam-macam ujian. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Teruskan bersabar, jiwa tenang hidup bahagia. Chewaah.

Kepada pengguna maxis hotlink, korang jangan risau atau panik. Masalah takde kredit adalah normal di kalangan pengguna kad prepaid. Biasak la tu. Kat sini comel nak kongsi camner nak top up RM2 tanpa pergi ke kedai. Ni kira dah darurat atau bila dah tak de kredit baru boleh pakai. Maxis bagi pinjam dulu nanti baru tolak balik. Perkhidmatan ni akan dicas sebanyak 50sen. Amaun ni semua (termasuk 50 sen) akan ditolak semasa top up yang akan datang.

Siapa yang layak dapat servis ni?
Sesiapa saja yang ada baki kredit kurang daripada 10 sen. Apa yang penting akaun korang mestilah dalam status aktif. Kalo dah expired tak boleh la kot. Senang je, tak susah pun.








Tu je la yang comel dapat tolong. Harap cara ni berkesan dan bermanfaat untuk kita semua semua. Caranya senang je, ingat dail *100# dan tekan butang hantar.

Wednesday, December 19, 2012

Minuman BoboiBoy Koko kini dijual di pasaran!


Woooit! minuman BoboiBoy Koko dah jual kat kedai la, jom la beli cepat. Sape lambat dia rugi. Kang habis baru padan muka. Kalo korang nak tau, ni la air koko yang boleh buat korang jadi kuat macam BoboiBoy. Sape yang minum air ni akan dapat kuasa petir. Kalo tak caye cube la minum. Comel dah try sekali, memang rasa cam nak penampar je muka orang kat sebelah ni. Memang terbaaeeekkkk air ni beb!

Harga dia murah sangat iaitu RM13 per pek. 1 pek ada 10 sachet. Boleh la start cari kat kedai-kedai berhampiran (kalo ada la...hehe). Tapi korang boleh cari kat Giant dengan harga yang lebih murah iaitu RM12.99. Boleh jimat 1 sen tau!

Air koko ni banyak khasiatnya. Sangat sesuai utk kanak-kanak yang sedang membesar dan orang tua yang telahpun membesar. Kat bawah ni adalah kandungan pemakanan minuman BoboiBoy Koko. Banyak vitamin dan zat untuk kesihatan kita semua.


So, lepas ni korang tak yah takut lagi bila terjumpa anjing yang garang. Percaya dengan diri sendiri dan jangan menyusahkan orang lain. Beli la sendiri minuman BoboiBoy Koko ni. Kalo malas pegi kedai boleh order secara online di alamat ni: BoboiBoy Koko

Selamat mencuba kawan-kawan!

Tuesday, September 18, 2012

Semak saman guna SMS


Musim raya dah abis, sekarang musim cek saman pulak. Hahaha. Cakap banyak tak guna, jom kita cek saman guna SMS sekarang jugak.

1. Semakan saman PDRM melalui SMS:
    Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
    Contoh: POLIS SAMAN SA3321S hantar ke 32728

2. Melalui SMS 15888
    Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
    Contoh : POLIS SAMAN WAQ1234 dan hantar ke15888

3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:
    Taip JPJ <space> your IC Number and send to 37773
    Contoh: JPJ 123456734000 hantar ke 37773

Nora Danish dan Polis: kena saman ke mintak autograph?

Wednesday, September 12, 2012

Dengan siapa kita wajib bertudung?

Dengan siapa kita nak pakai tudung? Siapa mahram kita? Jom tengok rajah kat bawah ni. Rasanya korang mesti lagi paham, kan.


Korang tau tak apa yang paling penting bila kita pakai tudung? Jenis tudung atau cara memakainya? Jawapannya ialah menutup aurat. Menutup aurat bukan saja menutup rambut tapi tutuplah bahagian lain yang di anggap sebagai aurat seperti bahagian dada dsb. Kalau tak tutup aurat tak guna gak.


Mari kita sama-sama amalkan dan sampaikan kepada semua umat manusia.

Monday, September 10, 2012

Bukan susah nak solat!


Comel setuju sangat dengan kartun ni. Sebenarnya senang jer nak solat tapi kenapa payah nak buat. Bukankah solat tiang agama? Comel nak nasihat diri sendiri dan kawan-kawan semua, marilah kita bersolat. Semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.

Credit: terima kasih kepada siapa yang upload & lukis kartun ni.

Sunday, September 2, 2012

DIY Bra Purse: beg kreatif daripada coli


Kali ni comel nak share DIY beg unik yg dipanggil bra purse. Kalau ada bra atau coli yg dah tak nak digunakan, jangan la terus buang. Ia boleh dijadikan sebagai satu hasil kraf tangan yg sangat kreatif. So, xde la membazir, kan.

Bahan-bahan:

  • Gunting
  • Glue Gun (senang nak lekatkan kalau bra jenis ada dawai)
  • Set menjahit
  • Bra yang dah tak pakai

1. Caranya mudah saja. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Mula-mula gunting bahagian tepi cup dengan berhati-hati.


2. Gunting tali bra (tali yang dibahagian belakang).


 3. Gam bahagian bawah coli tadi menggunakan glue gun dan cantumkan kedua-dua cup menjadi seperti bentuk beg.



4. Nak lagi kuat, tambah sedikit jahitan. Jahit jahit sampai habis, tinggalkan sedikit ruang untuk kita simpan duit atau apa saja. Dah siap.





5. Contoh hasil bra purse yang cantik.


Selamat mencuba!

Tuesday, August 28, 2012

Mamogram 3D - jom scan payudara!

Ujian mamogram adalah ujian x-ray bagi mengesan kanser payudara. Kalau dulu korang pernah menjalani ujian mamogram, ia mungkin agak menyakitkan. Ini kerana payudara perlu dihimpit untuk mendapatkan imej yang diperlukan.


Kini proses mamogram tidak lagi menyakitkan dengan adanya Mamogram 3 Dimensi (3D) Tomosintesis. Mesin ini sangat berbeza dan tidak menyakitkan.

Gambar Jelas

Dengan Mamogram 3 Dimensi (3D) Tomosintesis, pakar radiologi dan doktor boleh mengesahkan kehadiran kanser atau tidak.

Perbezaan gambar 2D dan gambar 3D yang lebih jelas

Dengan mesin ini, jarang berlaku pemeriksaan susulan. Gambar yang terhasil adalah lebih baik dan jelas berbanding dahulu. Ia juga tidak menyakitkan payudara wanita.

Ia mampu menghasilkan imej 3D payudara daripada pelbagai sudut dan yang paling penting, ia mampu memberi imej tisu payudara dengan lebih jelas.

Senipis Satu Milimeter

Antara kelebihan mesin ini ialah ia menggunakan teknologi Digital Breast Tomosynthesis (DBT) yang membolehkan imej 2D dilihat daripada pelbagai sudut. Dengan DBT, imej payudara dipotong dengan ketebalan senipis satu milimeter.


Ia membolehkan pakar radiologi meneliti setiap lapisan imej yang diingini. Imej juga boleh diimbas daripada pelbagai sudut berbanding dengan mesin 2D lama yang hanya boleh mengimbas secara atas ke bawah atau kiri ke kanan.

Dengan sekali tekanan, sebanyak 15 imej boleh dihasilkan berbanding mesin konvensional mamogram iaitu terhad kepada 2 imej untuk setiap 2 tekanan.

Tak Perlu Pemeriksaan Susulan

Berbanding dengan mamagrom 2D, pesakit memerlukan pemeriksaan susulan seperti melakukan mamogram pada arah yang lain atau pemeriksaan ultrabunyi bagi memastikan kehadiran kanser payudara adalah positif. Proses ini bukan sahaja lambat tetapi menyebabkan masa dan wang terbuang.

Ini kerana, imej imbasan yang diterima dengan menggunakan mesin mamogram 2D adalah leper, manakala imej terhasil sering menimbulkan kekeliruan dengan imej mimik kanser dan kelenjar susu.

Dengan sekali imbasan oleh mesin 3D Mamogram Tomosintesis, tiada lagi pemeriksaan susulan bagi mengesahkan kehadiran sel kanser sekaligus meningkatkan pengesanan awal kanser.

Tidak Sakit

Ia tidaklah menghilangkan kesakitan 100% tetapi ia boleh memberi keselesaan kepada wanita. Tekanan pada payudara dikurangkan dan boleh dikatakan tidak menyakitkan. Justeru, semua wanita perlu ada kesedaran untuk melakukan pemeriksaan tanpa rasa takut.


Bagi wanita yang berumur 35 hingga 40 tahun, disarankan pemeriksaan dilakukan sekali dalam tempoh itu. Manakala wanita 40-an, perlu membuat pemeriksaan satu kali dalam tempoh satu tahun.

Pertama di Malaysia

Mesin ini merupakan yang pertama digunakan di Malaysia dan kelima di dunia. Ia boleh didapati di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) - cancer.org.my/our-services-2

Bayaran

Bayaran yang dikenakan amat murah iaitu antara RM250 hingga RM300 untuk membuat pemeriksaan kanser payu dara.

Amaran

Buatlah pemeriksaan di tempat yang betul, jangan jumpa lelaki gatal macam gambar ni.


Monday, August 27, 2012

Tantrum - anak kecil yang suka memberontak


Sebenarnya, comel kurang pasti apa perkataan yang paling sesuai untuk terjemahan tantrum dalam Bahasa Melayu. Mengamuk atau memberontak? Mungkin itu perkataan yang hampir tepat untuk menunjukkan perlakuan anak kita semasa tantrum.

Budak berusia 1.5 hingga 2.5 tahun akan mula memberontak, membuang barang, merajuk dan protest. Jika anak korang berkelakuan macam tu, bukan bermaksud dia dah menjadi degil atau kurang ajar. Budak sekecil ini, tak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk meluahkan perasaan disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Percaya atau tak, tantrum merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan anak korang. Jadi, jangan sia-siakan tantrum dengan menganggap anak korang cuma mengamuk dan degil.

Cara yang baik untuk membantunya menjadi tenang ialah:


  1. pegang dia seperti dalam gambar ini.
  2. bisikan yang korang sayang dan faham perasaan dia.
  3. baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpdnya dan korang.
  4. tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan korang pun perlu bertenang, JANGAN SESEKALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau suka memberontak.
Salam sayang dari comel untuk anak-anak kecil di luar sana.

Sunday, August 26, 2012

Awek Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik

Ramai dah tahu yang Korea Selatan ialah negara paling plastik di Asia. Pembedahan plastik memang meletup kat sana dan akibatnya semua awek Korea mempunyai rupa yang sama. Semuanya fake.




Tahu tak kenapa rakyat Malaysia tak suka buat pembedahan plastik? Ini jawapannya:


Sunday, July 1, 2012

Jualan Gudang Pakaian Dalam Wanita 2012


Jom meriahkan Skiva Warehouse Sale 2012 aka Jualan Gudang Pakaian Dalam Wanita. Inilah masanya utk tukar underwear baru. Lagipun musim raya dah tak lama lagi. Bolehlah beraya dengan underwear baru, hehehehe.

Saturday, June 30, 2012

Eksperimen dengan tudung


Mari kita buat sedikit eksperimen dengan tudung bawal atau tudung segi empat. Tudung bawal ni senang digunakan utk membuat teknik lipatan atau pusingan. Nak lagi senang, pilih tudung bawal kosong. Kalau nak jenis yang ada batu dan manik di bahagian tepi tudung pun boleh. Takde hal punya, benda-benda tu boleh menambahkan lagi tarikan kepada si pemakai.

 Langkah 1: ambil bahagian hujung tudung dan pin di tepi

Langkah 2: buat dua lipatan pada bahagian atas tudung untuk sedikit kelainan.

 Lankah 3: untuk kelainan buat lipatan mengikut kreativiti.

 Langkah 4: mengunakan teknik pintalan di  bahagian tengah
lebihan tudung kemudian tarik ke atas kepala dan pin.

Langkah 5: lebihan tudung dikemaskan dan sedia untuk bersantai.

Thursday, June 28, 2012

Ella dah nak kahwin!


Akhirnya Ratu Rock kita mengumumkan yang beliau akan khawin tak lama lagi. Tahniah Kak Ella. Nampaknya Kak Ella kita ni dah bersedia utk menamatkan zaman solo dan menjadi isteri kepada seorang pilot (wow!). Anyway, marilah kita semua doakan kebahagiaan mereka berdua. Amin!

Keratan akhbar Harian Metro 28 Jun 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...