Siapa cakap harimau tu garang. Harimau bernama Enzo ni sangat jinak dan manja dengan manusia. Enzo merupakan seekor Harimau Bengal yg berasal dari Afrika.Tak sama macam harimau yang tinggal di hutan, kehidupan Enzo lebih teratur. Ia tak perlu pergi berburu utk mencari sesuap nasi tapi mendapat bekalan daging segar secukupnya setiap hari (5kg daging setiap hari). Selain itu, Enzo juga meminum susu utk kekuatan gigi dan tulangnya.
Enzo dijaga oleh 2 orang penjaga iaitu Jamison dan Jackie (merangkap ibu bapa angkat) yg menjaganya sejak kecil lagi. Selain dari mereka berdua, Enzo juga tinggal dengan adik-beradik angkatnya yang terdiri dari beberapa ekor anjing yang baik dan manja. Mereka sangat gembira hidup bersama tanpa sedikitpun rasa cemburu dan iri hati. Akhirnya mereka hidup bahagia selama-lamanya. Cheewah, macam kisah fairy tale theater pulak. Hehehe.
Hidup bersama manusia banyak mengajar erti kehidupan bagi diri Enzo. Ia telah belajar perkara yg harimau lain tidak faham seperti menonton TV, mengoyak sofa, mencakar meja, makan makanan kucing dan sebagainya. Ini adalah satu pengalaman sangat istimewa jika kita membela seekor harimau di rumah.
Akhir kata, dengarlah nasihat ini, "bermain dengan harimau boleh mendatangkan bahaya, jika tidak berhati-hati, kecederaan tidak disengajakan boleh berlaku" - Kata Jamison.
No comments:
Post a Comment