Saturday, June 30, 2012

Eksperimen dengan tudung


Mari kita buat sedikit eksperimen dengan tudung bawal atau tudung segi empat. Tudung bawal ni senang digunakan utk membuat teknik lipatan atau pusingan. Nak lagi senang, pilih tudung bawal kosong. Kalau nak jenis yang ada batu dan manik di bahagian tepi tudung pun boleh. Takde hal punya, benda-benda tu boleh menambahkan lagi tarikan kepada si pemakai.

 Langkah 1: ambil bahagian hujung tudung dan pin di tepi

Langkah 2: buat dua lipatan pada bahagian atas tudung untuk sedikit kelainan.

 Lankah 3: untuk kelainan buat lipatan mengikut kreativiti.

 Langkah 4: mengunakan teknik pintalan di  bahagian tengah
lebihan tudung kemudian tarik ke atas kepala dan pin.

Langkah 5: lebihan tudung dikemaskan dan sedia untuk bersantai.

Thursday, June 28, 2012

Ella dah nak kahwin!


Akhirnya Ratu Rock kita mengumumkan yang beliau akan khawin tak lama lagi. Tahniah Kak Ella. Nampaknya Kak Ella kita ni dah bersedia utk menamatkan zaman solo dan menjadi isteri kepada seorang pilot (wow!). Anyway, marilah kita semua doakan kebahagiaan mereka berdua. Amin!

Keratan akhbar Harian Metro 28 Jun 2012

Wednesday, June 27, 2012

Payudara kecil - kelebihan atau kekurangan?


Semua wanita inginkan tubuh badan yang cantik terutamanya saiz payudara yang menggoda. Ramai wanita menganggap payudara kecil sebagai kekurangan. Tapi janganlah bersedih, comel ada berita gembira untuk korang!

Satu kajian terbaru menunjukkan, wanita dgn ukuran payudara kecil memiliki risiko lebih rendah terkena diabetes tahap 2 berbanding mereka dgn ukuran payudara besar.

Ini adalah kesimpulan para ilmuwan dari Harvard University Amerika Syarikat dan University of Toronto Kanada. Mereka melakukan survey terhadap 92,106 responden perempuan. Hasil  kajian menunjukkan, wanita yang memiliki payudara dengan ukuran cup D atau lebih besar pada usia 20 tahun, berada pada risiko tiga kali lebih tinggi menderita diabetes tahap 2 berbanding wanita dengan payudara kecil.

Professor Joel Ray, salah seorang penylidik, mengatakan bahawa risiko menderita diabetes memiliki pertalian dengan perkembangan payudara semasa usia mencapai akil baligh.

"Akil baligh adalah satu tempoh dimana tahap resistensi insulin meningkat, iaitu keadaan dimana tubuh tidak menyerap glukosa sebagaimana sepatutnya yang menyebabkan kadar gula dalam darah tinggi sehingga menjadi punca perkembangan diabetes tahap 2," jelasnya.

Pada remaja yang sihat, peningkatan resistensi insulin ini akan menghilang selepas tempoh akil baligh berakhir. Tapi hal itu membuat pada remaja yg memiliki ukuran payudara yg lebih menonjol dinyatakan berisiko lebih besar terkena diabetes di kemudian hari.

 Kiera Knightly - antara artis yg memiliki payudara kecil

Tuesday, June 26, 2012

Kopi Susu Nescafe terbaru!

Saje nak share. Lepas tengok iklan baru ni, teringin pulak nak minum kopi susu. Geramnyer, senang betul comel terpengaruh. Huhuhu...

Wednesday, June 20, 2012

Harimau yang manja

Siapa cakap harimau tu garang. Harimau bernama Enzo ni sangat jinak dan manja dengan manusia. Enzo merupakan seekor Harimau Bengal yg berasal dari Afrika.Tak sama macam harimau yang tinggal di hutan, kehidupan Enzo lebih teratur. Ia tak perlu pergi berburu utk mencari sesuap nasi tapi mendapat bekalan daging segar secukupnya setiap hari (5kg daging setiap hari). Selain itu, Enzo juga meminum susu utk kekuatan gigi dan tulangnya.

Enzo dijaga oleh 2 orang penjaga iaitu Jamison dan Jackie (merangkap ibu bapa angkat) yg menjaganya sejak kecil lagi. Selain dari mereka berdua, Enzo juga tinggal dengan adik-beradik angkatnya yang terdiri dari beberapa ekor anjing yang baik dan manja. Mereka sangat gembira hidup bersama tanpa sedikitpun rasa cemburu dan iri hati. Akhirnya mereka hidup bahagia selama-lamanya. Cheewah, macam kisah fairy tale theater pulak. Hehehe.

Hidup bersama manusia banyak mengajar erti kehidupan bagi diri Enzo. Ia telah belajar perkara yg harimau lain tidak faham seperti menonton TV, mengoyak sofa, mencakar meja, makan makanan kucing dan sebagainya. Ini adalah satu pengalaman sangat istimewa jika kita membela seekor harimau di rumah.

Akhir kata, dengarlah nasihat ini, "bermain dengan harimau boleh mendatangkan bahaya, jika tidak berhati-hati, kecederaan tidak disengajakan boleh berlaku" - Kata Jamison.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...