- HPV adalah sejenis virus yang merbahaya
- HPV merupakan penyebab utama kanser servik
- Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin
Apa itu Kanser Servik ?
- Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik)
- Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal
- Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun
- Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita
Apa itu Pelalian HPV ?
- Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV
- Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut:
- Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik
- Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama
- Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama
- Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan
Kenapa gadis 13 tahun perlu mendapatkan Pelalian HPV ?
- Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV
- Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang
- Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun
Maklumat tambahan berkaitan pelalian HPV boleh didapati melalui :
- Doktor atau anggota Kesihatan di sekolah atau di klinik.
- Layari www.myhealth.gov.my atau www.moh.gov.my.
- Hubungi Hotline HPV : 1 - 800 - 88 - 1478
No comments:
Post a Comment