Sunday, November 20, 2011

Kebaikan duduk berselimpuh





6 kebaikan duduk berselimpuh
  1. Meletakkan kembali liang faraj & G-spot pada kedudukan yang betul
  2. Membantu mengeluarkan sisa air mani selepas melakukan seks
  3. Mengempiskan perut
  4. Perut tidak menggelebeh persekitran faraj
  5. Faraj lebih anjal dibahagian luar dan dalam
  6. Kedudukan peranakan lebih elok ditempatnya 

Sumber: Amalan Bonda

Thursday, November 17, 2011

Self Defense - mematahkan serangan Bear Hug

Apa itu bear hug?
  • Bear hug ialah pelukan yg dilakukan dengan 2 tangan
  • Peluk dari depan dipanggil front bear hug
  • Peluk dari belakang dipanggil rear bear hug 

Kat bawah ni adalah contoh untuk mematahkan serangan rear bear hug
(bagaimana nak melepaskan diri bila dipeluk dari arah belakang)


Teknik mematahkan serangan bear hug:

  • Semasa menunggu bas, tiba-tiba ada tangan merayap dan memeluk badan korang (sambil meramas tetek pulak tu). Ini bermakna korang telah diserang dengan teknik rear bear hug.

    • Jangan panik. Gerakkan kaki kiri korang ke belakang kaki kanan musuh (belakang lutut) sambil tangan kiri menyiku badan musuh dan menolaknya ke belakang

    • Tolak musuh dengan kuat sehingga dia terjatuh

    • Jangan korang pun ikut jatuh sekali..cuba imbangkan badan...kang lain pulak yang jadi...hehe

    • Nak dapatkan hasil yang baik, korang mestilah sentiasa berlatih. Lakukan latihan ini berulang kali....barulah boleh kalahkan jantan tak guna bila kena raba nanti.....
    Selamat mencuba!

    Sunday, November 13, 2011

    Senaman Menegangkan Payudara


    Senaman ni comel dapat dari blog Amalan Bonda oleh Bonda Ummul Hanna...
    Blog ni memang best...banyak info dan petua utk orang muda cam kita ni...
    Lebih-lebih lagi utk yg dah kahwin..ada tips-tips pasal sakit tuan, sakit puan etc.

    Oklah, macam biasa, comel nak kongsi sedikit ilmu
    ngan korang sume...check it out!

    Senaman Menegangkan Payudara

    • Renggangkan kedua belah tangan

    • Tarik nafas dan letakkan kedua belah tangan dihadapan dada, tahan nafas dan tarik segala kekuatan di bahagian dada sehingga terasa tegang di bahagian dada dan ketiak.

    • Lepaskan tangan perlahan-lahan dan letak tangan di atas payudara, bermula dari atas dan diurut kebawah dengan cara yang tidak terlalu kasar.

    • Kemudian alihkan tangan kebahagian tepi dan urut kehadapan

    • Urutan terakhir, letakkan tangan di bahagian bawah payudara, dan urut dari bawah bawah ke atas mengikut bentuk payudara. 


    • Setiap gerakkan perlu dilakukan dalam bilangan 15 kali dan pernafasan perlu dikawal setiap kali tekanan dilakukan.

    Selamat mencuba...semoga payudara kita sume menjadi tegang dan mantap..hehehe

    Sumber: amalan bonda

    Pelalian HPV

    Apa itu HPV (Human Papilloma Virus) ?
    • HPV adalah sejenis virus yang merbahaya
    • HPV merupakan penyebab utama kanser servik
    • Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin

    Apa itu Kanser Servik ?
    • Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik)
    • Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal
    • Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun
    • Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita

    Apa itu Pelalian HPV ?
    • Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV
    • Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut:
      • Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik
      • Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama
      • Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama
    • Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan

    Kenapa gadis 13 tahun perlu mendapatkan Pelalian HPV ?
    • Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV
    • Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang
    • Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun


    Maklumat tambahan berkaitan pelalian HPV boleh didapati melalui :
    1. Doktor atau anggota Kesihatan di sekolah atau di klinik.
    2. Layari www.myhealth.gov.my atau www.moh.gov.my.
    3. Hubungi Hotline HPV : 1 - 800 - 88 - 1478

    Wednesday, November 9, 2011

    Petua mencuci karat

    AMARAN: Aksi ini boleh ditiru dan boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana saja


    Bahan-bahannya:

    1. Sos cili



    Cara-caranya:

    1.  Kenalpasti bahagian yang berkarat


    2.  Sapukan sos cili di tempat berkarat dan biarkan selama 2 jam

     
    3. Lap atau gosok sos cili tadi dengan pencuci periuk yang lembap


     4. Taraaa....inilah hasilnya. Senang, kan


    Selamat mencuba!

    Tuesday, November 8, 2011

    Tentukan jantina dengan Kalendar Cina

    Bagi pasangan yg dah kahwin, mesti teringin nak anak...
    Pastu mesti nak tau anak tu lelaki atau perempuan, betul tak?
    Kat sini ada cara menentukan jantina menggunakan Kalendar Kuno Cina...

    Kalendar ni dah lama di kaji dan diguna pakai oleh orang cina sejak beratus tahun dulu.
    Ramai yang kata jangkaan jantina anak tepat mengikut kiraan kalendar cina ni.
    Keberkesanan kalendar ni hampir 99% tepat (kebetulan jer kot...)

       Klik gambar utk tatapan lebih besar

    Ok...camner nak guna table ni? Meh comel ajar....
    1. Mula-mula, cek umur korang dulu (range umur kalendar ni antara 18 - 45 tahun)
      • katakanlah umur korang 27 tahun (tanda macam gambar kat bawah ni)
    2. Pilih jantina bayi (G=girl, B=boy)
      • kalau nak anak perempuan, pilih simbol G
    3. Pilih bulan kelahiran (yang ada huruf G jer)
      • Contoh: pilih bulan November sebagai bulan kelahiran
    4. Jadi, proses menanam benih kenalah dibuat pada 9 - 10 bulan sebelum bulan November (iaitu antara bulan February dan Mac)

       Klik gambar utk tatapan lebih besar

      Amacam, senang tak?
      Sebenarnya urusan jantina adalah ketentuan Tuhan...
      So, janganlah percaya sangat Kalendar ni, jadikan sebagai panduan jer..
      yang penting baca doa sebelum berjimak...
      Adios!

      Thursday, November 3, 2011

      Bruce Lee gila seks

      Kismis meningkatkan kualiti hubungan seks



      Inginkan kualiti seks yg lebih baik?
      Rahsianya ialah....makan kismis banyak-banyak....
      Kismis (atau buah anggur) mempunyai banyak nutrisi yg baik utk kesihatan seksual...
      Nak tau apa kandungannya, meh baca kat bawah ni:

      Vitamin A
      • Bagi wanita: vitamin A membantu mengekalkan kesihatan bibir luar vagina dan uterus
      • Bagi lelaki: kekurangan vitamin A boleh menyebabkan mati pucuk dan mengurangkan penghasilan hormon seks

      Vitamin B
      • Vitamin B bertanggungjawab mengawal kandungan lemak, protein dan karbohidrat
      • Kekurangan vitamin B boleh menurunkan tahap metabolisme dan tenaga seseorang (jika tenaga lemah, prestasi seks pun menurun)
      • Vitamin B juga mengandung folic acid, komponen yang membantu wanita lebih cepat hamil

      Selenium
      • Selenium adalah mineral yang sangat penting untuk menjaga kesihatan seksual
      • Selenium juga membantu meningkatkan kualiti sperma

      Arginine
      • Arginine menghasilkan nitric oxide, zat yang penting untuk menjaga ereksi (kekuatan ketegangan zakar) pada lelaki
      • Zat ini membantu mengendurkan pembuluh darah di area genital, seterusnya melancarkan aliran darah ke zakar

      So, apalagi...jom kita pi beli kismis sekarang juga...
      Pastu cuba try test...berkesan ke tak....hehehehe
      Selamat mencuba!
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...