Tuesday, August 26, 2014

14 Kemuliaan - Wanita muslimah yang sedang Hamil



1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan
Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak,
hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru
dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,
maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada
susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.

6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah
lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang
tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI)
kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat
1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
karena menjaga anaknya yang sakit akan
diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan
bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus
berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus
beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan
pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala
haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan
kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada
anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi
pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

► Subhanallah...

► Betapa mulianya "status" wanita hamil, tentunya
dengan jalan kehamilan yang diridhai oleh Allah
SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang
tidak di sukai-Nya....

Sunday, August 24, 2014

Cara mendidik anak dengan KASIH SAYANG


Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Thursday, August 21, 2014

Fesyen Tudung yang di-HARAM-kan

Pernah tengok awek-awek pakai tudung tapi baju seksi nak mampos?

Selamber badak menonjolkan tetek yang berlemak dan boleh menaikkan nafsu syahwat lelaki? Besar sangat ke tetek lu? (ayat marah ni..hehehe)


Fesyen bertudung sambil menunjukkan bentuk tetek (ayat kasar) digelar sebagai "Jilboobs".

Jilboobs adalah gabungan perkataan JILBAB (tudung dalam panggilan orang indonesia) + BOOBS (tetek / payudara etc.)

Fesyen ni memang feymes kat Malaysia...apatah lagi di Indonesia sehingga Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah HARAM bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.

"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu," tegas Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin.

Menurut Ma'ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian.

"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual itu dilarang," kata beliau.

Sehubungan itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.

Satu lagi, wujud pulak komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jilboobs Community. Diorang ni la yg mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.


p/s: marilah semua kaum wanita berubah ke arah yang lebih baik...pakailah tudung ikut kehendak agama bukan ikut kehendak nafsu...marilah kita menaikkan maruah serta martabat wanita daripada dipandang sebagai simbol SEX....jom kita berubah.....



Ini Fesyen Tudung labuh...ini baru best...barulah ayu....





[Lawak] Cikgu dan murid - lawak kucing


Cikgu: Murid2... tahukah kamu binatang apa yg suka makan ikan?
Murid: Kucing cikgu.

Cikgu: Bagus. boleh bagitahu cikgu , kucing ada berapa mata?
Murid: Dua Cikgu.

Cikgu: Pandai! sekarang bagitahu kucing ada berapa kaki?
Murid: Empat cikguuu.

Cikgu: Pandaaaii.. sekarang bagitahu cikgu , kucing ada berapa telinga?
             [tetibe seorang murid berdiri]
Murid: Cikgu, boleh saya tanya satu soalan?

Cikgu: Boleh. Tanya lah.
Murid: CIKGU TAK PERNAH TENGOK KUCING KE?

Cikgu: *Senyap*

p/s: para cikgu semua jgn marah yea...gurau jek...hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...