Wednesday, May 8, 2013

[Lawak] Pembedahan Jantung


Arman merupakan seorang suami yang sangat menyayangi isterinya, Nita. Nita mempunyai penyakit jantung yang sangat kronik. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyembuhkan penyakit Nita. Akhirnya Nita mendapat berita gembira kerana ada penderma organ yang sanggup mendermakan organ jantungnya kepada Nita.

Di hari pembedahan...
Nita: Abang, hari ini saya akan menjalani pembedahan jantung. Andai Nita pergi dulu...
Arman: Jangan cakap begitu, sayang... Abang doakan Nita selamat, Isya' Allah.
Nita: Nita amat mencintai abang, I love you so much.
Arman: I love you too. Abang akan sentiasa di sisi sayang.
Akhirnya pembedadan jantung telah  berjaya dan Nita telahpun selamat. Tetapi apabila Nita sedar dari pembedahan, dia mendapati suaminya sudah tiada. Yang tinggal hanya bapak Nita sahaja.
Nita: Mana suami saya, ayah?
Bapak Nita: [dengan nada sedih] Sebenarnya, Nita tahu tak siapa yang dermakan jantung kepada Nita?
Nita: Apaaaa? [terus menangis meraung-raung]
Bapak Nita: Takde la, bapak melawak jer. Suami kau pergi ke tandas kejap.
Nita: #$%^&%*
Sayangilah suami anda. Dialah pengubat duka lara seorang isteri ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...