Thursday, January 26, 2012

Melepaskan diri dari serangan rear choke

Hai apa khabar semua?
Kali ni nak citer pasal kena cekik pulak..
Bukan kena cekik hantu tau...
Tapi dicekik oleh org tak dikenali...
Choke atau cekik adalah serangan yg biasa
dilakukan terhadap kaum wanita...
(kesian kan kitorang ni...)

Kat bawah ni adalah contoh dan kaedah
melepaskan diri dari serangan rear choke.

Langkah 1:
Sentiasa berhati-hati sebab
malang tak berbau...

Langkah 2: 
Musuh menyerang menggunakan kaedah
rear choke (cekik dari arah belakang)

Langkah 3: 
Tangkap tangan musuh dan gerakkan tangan dia ke bawah
sementara kepala dongak ke atas

Langkah 4: 
Teruskan pegang tangan musuh dan pusingkan badan ke belakang:
1. Pusing ke belakang dgn mengangkat kaki kiri.
2. Kaki kanan digerakkan ke bawah kaki musuh
supaya musuh hilang keseimbangan.

Ini pandangan Langkah 4 dari sisi belakang musuh

Langkah 5: 
Sauk kaki musuh ke belakang
dan tolak badannya sehingga jatuh.

Langkah 6:
Bila musuh dah jatuh, berdiri disebelah dia
dan jangan lepaskan tangan lagi.

Langkah 7:
Langkah kaki kiri ke hadapan utk melakukan teknik armbar
(kalau boleh, hentak bahagian kerongkong musuh)

Langkah 8:
Gerakan penamat:
Kunci tangan musuh dengan teknik armbar

p/s: teknik armbar boleh menyebabkan kekejangan otot,
kerosakan ligamen dan keretakan tulang.


Senang tak?
Budak kecik pun boleh buat,
takkan korang tak boleh..heheh

Apapun, practice make perfect!
Selamat mencuba...

Monday, January 16, 2012

Burkini (burka + bikini)



Burkini (atau Burqini) adalah pakaian mandi
utk kaum muslimah...
Ia direka oleh Aheda Zanetti dibawah
syarikatnya sendiri, Ahiida...

Burkini ialah gabungan nama
Burka (tudung) dan bikini..
Ianya menutup semua bahagian tubuh
kecuali muka, tapak tangan dan kaki...
(tak sama cam bikini yg hanya menutup
payudara dan bahagian kemaluan)

Semua kaum ibu digalakkan pakai Burkini ni..
Selain menutup aurat dan tak seksi,
ia juga bagus utk melindungi kulit kita
dari sinar radiasi matahari....

Contoh pakaian mandi muslimah di Malaysia


Selebriti Hollywood pun suka pakai Burkini...
Contohnya Nigella Lawson...


Korang pulak bila lagi...
Takkan nak pakai bikini kot..
Beli la satu...

Wednesday, January 4, 2012

Old Master Q


Sape tak kenal Old Master Q...
(juga dikenali dengan nama Loo Foo Chi)
  Comel baca komik ni masa sekolah rendah dulu...
Time tu pakcik comel suka layan komik..
So, comel pun tumpang sekaki la...hehe

Time tu, comel baca komik versi cina..
(komik translate bahasa melayu x de lagi)
Walaupun tak paham tulisan cina,
tapi comel boleh faham lawak dia...
Memang terbaeekk la...


Komik ni dicipta oleh Alfonso Wong.
Mula diterbitkan pada tahun 1962.
Komik ni masih lagi diterbitkan sampai sekarang..
Kira berjaya gak la komik ni...
Pakcik tua & sengal ni mempunyai
peminat setia kat seluruh dunia..

FYI, Gempak Starz dah pun kuarkan komik
dalam bahasa melayu..bestnyer...
So, boleh la cek kat kedai berdekatan...
Beli jangan tak beli....


Ok, jom kita tengok gelagat pakcik tua kita ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...