Tuesday, August 28, 2012

Mamogram 3D - jom scan payudara!

Ujian mamogram adalah ujian x-ray bagi mengesan kanser payudara. Kalau dulu korang pernah menjalani ujian mamogram, ia mungkin agak menyakitkan. Ini kerana payudara perlu dihimpit untuk mendapatkan imej yang diperlukan.


Kini proses mamogram tidak lagi menyakitkan dengan adanya Mamogram 3 Dimensi (3D) Tomosintesis. Mesin ini sangat berbeza dan tidak menyakitkan.

Gambar Jelas

Dengan Mamogram 3 Dimensi (3D) Tomosintesis, pakar radiologi dan doktor boleh mengesahkan kehadiran kanser atau tidak.

Perbezaan gambar 2D dan gambar 3D yang lebih jelas

Dengan mesin ini, jarang berlaku pemeriksaan susulan. Gambar yang terhasil adalah lebih baik dan jelas berbanding dahulu. Ia juga tidak menyakitkan payudara wanita.

Ia mampu menghasilkan imej 3D payudara daripada pelbagai sudut dan yang paling penting, ia mampu memberi imej tisu payudara dengan lebih jelas.

Senipis Satu Milimeter

Antara kelebihan mesin ini ialah ia menggunakan teknologi Digital Breast Tomosynthesis (DBT) yang membolehkan imej 2D dilihat daripada pelbagai sudut. Dengan DBT, imej payudara dipotong dengan ketebalan senipis satu milimeter.


Ia membolehkan pakar radiologi meneliti setiap lapisan imej yang diingini. Imej juga boleh diimbas daripada pelbagai sudut berbanding dengan mesin 2D lama yang hanya boleh mengimbas secara atas ke bawah atau kiri ke kanan.

Dengan sekali tekanan, sebanyak 15 imej boleh dihasilkan berbanding mesin konvensional mamogram iaitu terhad kepada 2 imej untuk setiap 2 tekanan.

Tak Perlu Pemeriksaan Susulan

Berbanding dengan mamagrom 2D, pesakit memerlukan pemeriksaan susulan seperti melakukan mamogram pada arah yang lain atau pemeriksaan ultrabunyi bagi memastikan kehadiran kanser payudara adalah positif. Proses ini bukan sahaja lambat tetapi menyebabkan masa dan wang terbuang.

Ini kerana, imej imbasan yang diterima dengan menggunakan mesin mamogram 2D adalah leper, manakala imej terhasil sering menimbulkan kekeliruan dengan imej mimik kanser dan kelenjar susu.

Dengan sekali imbasan oleh mesin 3D Mamogram Tomosintesis, tiada lagi pemeriksaan susulan bagi mengesahkan kehadiran sel kanser sekaligus meningkatkan pengesanan awal kanser.

Tidak Sakit

Ia tidaklah menghilangkan kesakitan 100% tetapi ia boleh memberi keselesaan kepada wanita. Tekanan pada payudara dikurangkan dan boleh dikatakan tidak menyakitkan. Justeru, semua wanita perlu ada kesedaran untuk melakukan pemeriksaan tanpa rasa takut.


Bagi wanita yang berumur 35 hingga 40 tahun, disarankan pemeriksaan dilakukan sekali dalam tempoh itu. Manakala wanita 40-an, perlu membuat pemeriksaan satu kali dalam tempoh satu tahun.

Pertama di Malaysia

Mesin ini merupakan yang pertama digunakan di Malaysia dan kelima di dunia. Ia boleh didapati di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) - cancer.org.my/our-services-2

Bayaran

Bayaran yang dikenakan amat murah iaitu antara RM250 hingga RM300 untuk membuat pemeriksaan kanser payu dara.

Amaran

Buatlah pemeriksaan di tempat yang betul, jangan jumpa lelaki gatal macam gambar ni.


Monday, August 27, 2012

Tantrum - anak kecil yang suka memberontak


Sebenarnya, comel kurang pasti apa perkataan yang paling sesuai untuk terjemahan tantrum dalam Bahasa Melayu. Mengamuk atau memberontak? Mungkin itu perkataan yang hampir tepat untuk menunjukkan perlakuan anak kita semasa tantrum.

Budak berusia 1.5 hingga 2.5 tahun akan mula memberontak, membuang barang, merajuk dan protest. Jika anak korang berkelakuan macam tu, bukan bermaksud dia dah menjadi degil atau kurang ajar. Budak sekecil ini, tak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk meluahkan perasaan disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Percaya atau tak, tantrum merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan anak korang. Jadi, jangan sia-siakan tantrum dengan menganggap anak korang cuma mengamuk dan degil.

Cara yang baik untuk membantunya menjadi tenang ialah:


  1. pegang dia seperti dalam gambar ini.
  2. bisikan yang korang sayang dan faham perasaan dia.
  3. baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpdnya dan korang.
  4. tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan korang pun perlu bertenang, JANGAN SESEKALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau suka memberontak.
Salam sayang dari comel untuk anak-anak kecil di luar sana.

Sunday, August 26, 2012

Awek Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik

Ramai dah tahu yang Korea Selatan ialah negara paling plastik di Asia. Pembedahan plastik memang meletup kat sana dan akibatnya semua awek Korea mempunyai rupa yang sama. Semuanya fake.




Tahu tak kenapa rakyat Malaysia tak suka buat pembedahan plastik? Ini jawapannya:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...